My age is

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Isnin, 28 Disember 2009

Dah lama x update blog

Assalamualaikum, apa khabar kepada yang sedang membaca. Dah lama dah tak tulis blog nie. rasanya dah dekat sebulan. Nak tekan keyboard pun terketar2. Baru2 nie, saya sekeluarga pegi Bkt. Merah. P sana untuk becuti almaklum lah ayah saya nie walaupun kami cuti tapi dia bekerja. So, xda masa lah yang nak pi becuti tu. Kami p becuti pun sbb ayah saya dpt cuti x'mas. Pi becuti pun sat je. 3 hari 2 malam. Nie saya tulis waktu pagi. So, adik2 tengah syok layan mimpi lagi. Tapi, kekadang saya pun slalu syok layan mimpi pagi2 camni. Tapi harini mungkin dah x ngantuk lepas sembahyang, x tido lerr... Pejam celik pejam celik dah musim kembali ke sekolah dah. Ha.. dah buat persiapan ke blom ha??? Saya segalanyerr dah siap. Okeylah, takat nie jelah dulu. Assalamualaikum.

Jumaat, 27 November 2009

Hari raya korban (hari ke-2)

Hari ni hari kedua raya korban. Keluarga saya sedang keluar sekarang nie. Mereka pegi ke rumah sedara mara saya. Cuma saya & kakak saya saja yang tak keluar. Kelmarin tok wan ( belah ayah ) buat korban. Kami korbankan kambing. Maklong saya balik bawak anak2 dia ( sepupu saya). Dan telah menjadi kebiasaannya mereka balik mesti bawak game. Mereka bagi saya dan adik beradik main game. Kami main dari pukul 11 sampai pukul 2:30 petang. Syok jugak. Saya main game GTA. Game tu memang saya minat lama dahh... Adik adik saya pulak main game the Sims. Best gak game tu. Okeylah, yang nak citer. Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh

Sabtu, 7 November 2009

Nak cuti lagi 2-3 minggu.

Saya ni nak keluar dari sekolah lagi 2-3 minggu je lagi. So.. kepada kengkawan sekelas saya, saya nak ucapkan selamat tinggal. Okey, yang tu je kot nak cakap. Takde ape ape dah dalam palaotak ni. Result UPSR nak kaluar dah tak lama lagi. Tak sabarnyer cozz kalau dapat 5A, mak saya kata nak beli henfon. Tak sabarnya rasaa.......... Okey, bye........

Esok nak pi Alor Star.

Esok adalah hari yang saya tunggu2 sangat. Sebab esok saya nak pegi Alor Star. Esok kami akan pergi ke Muzium Padi, Pusat Sains, Balai Negeri, Muzium Negeri, Tesco dan Menara Alor Star. Menara Alor Star tu tak tau nak pi ka dak sebab nak naik situ kena pakai duit. Yang tu tak pa sebab kalau tak naik pun tak kisah. Tapi yang saya kisah sekarang ni iaitu.......... FOLIO ENGLISH SAYA TAK SIAP LAGIII....... Susahlah nak buat tapi semua bahan dah ada cuma tak leh nak print sebab printer ni bengong plak hari ni. Dia wat hal plakk. OK, semoga berjumpa lagi. Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh.

Jumaat, 6 November 2009

Hari ni pi Padang Besar.

Hari ni saya dengan keluarga pergi ke padang besar. Hari tu saya pegi ke padang besar dengan kengkawan. Tapi tak best rasanya bila pi tadi sebab aku tak beli apa apa pun. Ni yang aku bengang tu. Adik beradik aku semua beli barang kesukaan depa tapi aku nak beli barang kesukaan aku tapi mak aku tak bagi sebab dia kata barang tu mahal. Ok... takat ni sajalah luahan hati saya ni kepada blog saya. Semoga berjumpa lagi. Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh.

Selasa, 3 November 2009

Anjing berupa manusia....


Assalamualaikum... smoga semua yang tengah baca blog saya ni sihat2 belaka.... Amacamm... pernah tengok tak anjing berupa manusia.. hehh... hehhh... ini ialah hasil adobe photoshop... Bukan muka dia yang sebenarr... Kalau nak tau tu sapaa... Cuba dekatkan muka anda dekatnya... okey.. assalamualaikum....

Lamanya aku tak update blog..

Haii...Assalamualaikum.. Kepada yang tengah baca blog saya, saya ucap mekasih bebanyak sebab sudi visit aku punya blog. Saya ada banyak citer yang saya nak citer ni... tapi nak buat camne... asyik sibuk jerr.... (sibuk tengok DVD)... Minggu lepas saya ada buat banyak lawatan. Tapi... lawatan ke balai bomba saya x pi sebab saya demam.... Pastu.. esok tu plak saya gi galeri diraja... Best gak kat sana...... Nanti saya masukkan gambar yerr.... Selang sehari saya 'n' kengkawan gi kompleks kastam kat Pdg Besar... Pastu kitorang gi bazaar plak. Syok gilerrr waktu tu. Saya 'n' kengkawan beli memacam. Nanti.. isnin minggu depan, 9 haribulan, kami akan buat lawatan p Alor Star. Okey.. takat ni saja.. Assalamualaikumm...

Ahad, 25 Oktober 2009

Di Hosba



Waktu ni, saya ngan adik beradik saya di Sri Gardenia Resort kat Hosba. Waktu ni mereka main pengsan-pengsan. Syok ooo...

Sabtu, 24 Oktober 2009

Perkhemahan di sekolah.

Hari ni, saya dan adik saya, Afifah baru saja balik dari kem perkhemahan unit beruniform kat sekolah. Mula mula rasa x best x tau kenapa, tapi..... ada banyak aktiviti yang dapat menaikkan semangat aku balik. Antaranya ialah, malam kebudayaan, pertandingan kawad kaki, hias kemas, memasak dan explorer. Yang best tu malam kebudayaan & explorer. Tapi, aktiviti explorerlah yang paling menarik sekali. okey, takatni saja. Wassalam...

Sabtu, 17 Oktober 2009

Sehari suntuk duduk depan blog.

Hari ni, saya sehari suntuk duduk sepan laptop tengok blog. saya tak tau lah nak cari background yang kawan saya bagitau. Sampai sekarang tak jumpa. Saya cari background tu dari kelmarin lagi tapi tak jumpa jugak. Okey, takat ni sajalah yang dapat saya taip. Nak sambung cari background tu. Wassalam.....

geram ngan adawiyah

Saya geram sangat dengan Adawiyah (kawan saya). Sebab waktu saya main Tic-Tac-Toe dalam blog dia, tetiba ja keluar gambar hantu. Adik saya menjerit macam nak menangis. Agaknya, kat mana dia ambik game tu. Best pun best jugak sebab dapat takutkan orang yang sedang main. Okey, takat ni sajalah. wassalam.

Khamis, 8 Oktober 2009

Aktiviti lepas UPSR

Assalamualaikum... ( tak jawab doserr) lepas UPSR ni banyak pulak aktiviti2 yang saya tak suka tapi saya kena sertainya jugakk... Tak best langsung. Tapi hari ni kat sekolah saya 'n' kawan2 tonton 'Geng:Pengembaraan Bermula'. Best gilerr..... Lepas tu, waktu cikgu takder, kami bukak blog. Hik... hikkk..... Best jugak. Okey takat ni saja. Assalamualaikumm... (Tak jawab doserr)

saja untuk rehatkan minda



Heh... heh...

Scrool sampai bawah















CAK!!!