Sabtu, 2009 November 07

Nak cuti lagi 2-3 minggu.

Saya ni nak keluar dari sekolah lagi 2-3 minggu je lagi. So.. kepada kengkawan sekelas saya, saya nak ucapkan selamat tinggal. Okey, yang tu je kot nak cakap. Takde ape ape dah dalam palaotak ni. Result UPSR nak kaluar dah tak lama lagi. Tak sabarnyer cozz kalau dapat 5A, mak saya kata nak beli henfon. Tak sabarnya rasaa.......... Okey, bye........

Esok nak pi Alor Star.

Esok adalah hari yang saya tunggu2 sangat. Sebab esok saya nak pegi Alor Star. Esok kami akan pergi ke Muzium Padi, Pusat Sains, Balai Negeri, Muzium Negeri, Tesco dan Menara Alor Star. Menara Alor Star tu tak tau nak pi ka dak sebab nak naik situ kena pakai duit. Yang tu tak pa sebab kalau tak naik pun tak kisah. Tapi yang saya kisah sekarang ni iaitu.......... FOLIO ENGLISH SAYA TAK SIAP LAGIII....... Susahlah nak buat tapi semua bahan dah ada cuma tak leh nak print sebab printer ni bengong plak hari ni. Dia wat hal plakk. OK, semoga berjumpa lagi. Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh.

Jumaat, 2009 November 06

Hari ni pi Padang Besar.

Hari ni saya dengan keluarga pergi ke padang besar. Hari tu saya pegi ke padang besar dengan kengkawan. Tapi tak best rasanya bila pi tadi sebab aku tak beli apa apa pun. Ni yang aku bengang tu. Adik beradik aku semua beli barang kesukaan depa tapi aku nak beli barang kesukaan aku tapi mak aku tak bagi sebab dia kata barang tu mahal. Ok... takat ni sajalah luahan hati saya ni kepada blog saya. Semoga berjumpa lagi. Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh.

Selasa, 2009 November 03

Anjing berupa manusia....


Assalamualaikum... smoga semua yang tengah baca blog saya ni sihat2 belaka.... Amacamm... pernah tengok tak anjing berupa manusia.. hehh... hehhh... ini ialah hasil adobe photoshop... Bukan muka dia yang sebenarr... Kalau nak tau tu sapaa... Cuba dekatkan muka anda dekatnya... okey.. assalamualaikum....

Lamanya aku tak update blog..

Haii...Assalamualaikum.. Kepada yang tengah baca blog saya, saya ucap mekasih bebanyak sebab sudi visit aku punya blog. Saya ada banyak citer yang saya nak citer ni... tapi nak buat camne... asyik sibuk jerr.... (sibuk tengok DVD)... Minggu lepas saya ada buat banyak lawatan. Tapi... lawatan ke balai bomba saya x pi sebab saya demam.... Pastu.. esok tu plak saya gi galeri diraja... Best gak kat sana...... Nanti saya masukkan gambar yerr.... Selang sehari saya 'n' kengkawan gi kompleks kastam kat Pdg Besar... Pastu kitorang gi bazaar plak. Syok gilerrr waktu tu. Saya 'n' kengkawan beli memacam. Nanti.. isnin minggu depan, 9 haribulan, kami akan buat lawatan p Alor Star. Okey.. takat ni saja.. Assalamualaikumm...

Ahad, 2009 Oktober 25

Di Hosba



Waktu ni, saya ngan adik beradik saya di Sri Gardenia Resort kat Hosba. Waktu ni mereka main pengsan-pengsan. Syok ooo...

Sabtu, 2009 Oktober 24

Perkhemahan di sekolah.

Hari ni, saya dan adik saya, Afifah baru saja balik dari kem perkhemahan unit beruniform kat sekolah. Mula mula rasa x best x tau kenapa, tapi..... ada banyak aktiviti yang dapat menaikkan semangat aku balik. Antaranya ialah, malam kebudayaan, pertandingan kawad kaki, hias kemas, memasak dan explorer. Yang best tu malam kebudayaan & explorer. Tapi, aktiviti explorerlah yang paling menarik sekali. okey, takatni saja. Wassalam...