My age is

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Jumaat, 27 November 2009

Hari raya korban (hari ke-2)

Hari ni hari kedua raya korban. Keluarga saya sedang keluar sekarang nie. Mereka pegi ke rumah sedara mara saya. Cuma saya & kakak saya saja yang tak keluar. Kelmarin tok wan ( belah ayah ) buat korban. Kami korbankan kambing. Maklong saya balik bawak anak2 dia ( sepupu saya). Dan telah menjadi kebiasaannya mereka balik mesti bawak game. Mereka bagi saya dan adik beradik main game. Kami main dari pukul 11 sampai pukul 2:30 petang. Syok jugak. Saya main game GTA. Game tu memang saya minat lama dahh... Adik adik saya pulak main game the Sims. Best gak game tu. Okeylah, yang nak citer. Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh

Sabtu, 7 November 2009

Nak cuti lagi 2-3 minggu.

Saya ni nak keluar dari sekolah lagi 2-3 minggu je lagi. So.. kepada kengkawan sekelas saya, saya nak ucapkan selamat tinggal. Okey, yang tu je kot nak cakap. Takde ape ape dah dalam palaotak ni. Result UPSR nak kaluar dah tak lama lagi. Tak sabarnyer cozz kalau dapat 5A, mak saya kata nak beli henfon. Tak sabarnya rasaa.......... Okey, bye........

Esok nak pi Alor Star.

Esok adalah hari yang saya tunggu2 sangat. Sebab esok saya nak pegi Alor Star. Esok kami akan pergi ke Muzium Padi, Pusat Sains, Balai Negeri, Muzium Negeri, Tesco dan Menara Alor Star. Menara Alor Star tu tak tau nak pi ka dak sebab nak naik situ kena pakai duit. Yang tu tak pa sebab kalau tak naik pun tak kisah. Tapi yang saya kisah sekarang ni iaitu.......... FOLIO ENGLISH SAYA TAK SIAP LAGIII....... Susahlah nak buat tapi semua bahan dah ada cuma tak leh nak print sebab printer ni bengong plak hari ni. Dia wat hal plakk. OK, semoga berjumpa lagi. Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh.

Jumaat, 6 November 2009

Hari ni pi Padang Besar.

Hari ni saya dengan keluarga pergi ke padang besar. Hari tu saya pegi ke padang besar dengan kengkawan. Tapi tak best rasanya bila pi tadi sebab aku tak beli apa apa pun. Ni yang aku bengang tu. Adik beradik aku semua beli barang kesukaan depa tapi aku nak beli barang kesukaan aku tapi mak aku tak bagi sebab dia kata barang tu mahal. Ok... takat ni sajalah luahan hati saya ni kepada blog saya. Semoga berjumpa lagi. Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh.

Selasa, 3 November 2009

Anjing berupa manusia....


Assalamualaikum... smoga semua yang tengah baca blog saya ni sihat2 belaka.... Amacamm... pernah tengok tak anjing berupa manusia.. hehh... hehhh... ini ialah hasil adobe photoshop... Bukan muka dia yang sebenarr... Kalau nak tau tu sapaa... Cuba dekatkan muka anda dekatnya... okey.. assalamualaikum....

Lamanya aku tak update blog..

Haii...Assalamualaikum.. Kepada yang tengah baca blog saya, saya ucap mekasih bebanyak sebab sudi visit aku punya blog. Saya ada banyak citer yang saya nak citer ni... tapi nak buat camne... asyik sibuk jerr.... (sibuk tengok DVD)... Minggu lepas saya ada buat banyak lawatan. Tapi... lawatan ke balai bomba saya x pi sebab saya demam.... Pastu.. esok tu plak saya gi galeri diraja... Best gak kat sana...... Nanti saya masukkan gambar yerr.... Selang sehari saya 'n' kengkawan gi kompleks kastam kat Pdg Besar... Pastu kitorang gi bazaar plak. Syok gilerrr waktu tu. Saya 'n' kengkawan beli memacam. Nanti.. isnin minggu depan, 9 haribulan, kami akan buat lawatan p Alor Star. Okey.. takat ni saja.. Assalamualaikumm...