My age is

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Rabu, 21 April 2010

Jelingan ayah (just cerita)

Assalamualikum... Ni saya ada crita nak kasi tau ni. Gini crita dia. Ayah dia suka memberi amaran padanya dengan menjeling garang jika dia membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau dia mengambil gula-gula, ayahnya akan menjeling padanya bermakna dia disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula. Suatu hari, dia mengikut ayahnya ke surau untuk solat maghrib. Ketika sedang rukuk, dia melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. dia yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahnya yang sedang solat terus memberi jelingannya padanya. dia pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahnya yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret dia balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung dia dirotannya. Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam. Ahhahhahahaha......... lawak tak????? Ok, Assalamualaikumwarrahmatullahhiwabarakatuh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan